Untitled.

Saat kiamat kian dekat,

Saat itu syaitan bertekad,

Ingin buat lebih ramai lagi sesat,

Hinggakan maksiat

dirasakan semanis nikmat.

Allahu..

Jagalah diriku,

Daripada tertipu

oleh semua itu.

-27 Okt 2014-

Siapa aku?

Assalamualaikum,

Post ni sebenarnya bukannya nak bertaaruf siapakah mer yang sebenar.. tapi post ni adalah satu persoalan untuk diri ini yang kerdil lagi jahil. Selalu mer terfikir, mer ni sebenarnya kategori orang yang mana dalam dunia ni.. orang yang hidupnya sia-sia, sampai masa Allah cabut nyawa ataupun orang yang hidupnya punya cita cita, tapi tak mahu usaha, sampai masanya menyesal tak berguna, atau orang yang bermatlamat tinggi disertakan dengan usaha yang istiqamah..lalu menjadi manusia yang mulia didunia dan di akhirat sana…Selalu jugak mer muhasabah balik selama 22 tahun mer hidup ni, apa yang mer dah sumbangkan pada ummah? Allahu.. fikir fkirkanlah..sejauh mana usaha kita untuk membangunkan ummah, menegakkan panji kebenaran, mengukuhkan daulah Islamiyyah?

Kita semua ni kan da’ie. Apa tu? Pendakwah. Ammar maaruf, nahi munkar. Mengajak kebaikan, menolak kemungkaran. Biar sedikit usaha kita, tapi kena istiqamah (berterusan). Dalam pada masa yang sama mesti ada cita cita tinggi untuk tingkatkan lagi usaha dakwah. Kalau duduk kat tempat yang sama je macam mana nak maju. Gunakan segala medium yang ada untuk dakwah. Lagi satu, gunakan bakat yang Allah anugerahkan untuk agama kita yang mulia ni. Allah ciptakan kita ni bukan sia-sia. Pasti punya asbabnya. Cari dan gali bakat tersembunyi anda, yang mana dah jumpa tu, manfaatkanlah ke jalanNya. Allah yang anugerahkan bakat anda tu..untuk apa? sebagai alat untuk menjalankan dakwah di muka bumi ini. Jangan sia-siakannya..Kelak Allah akan tanya.

Jumm kita sama-sama tingkatkan usaha dakwah kita..semoga kita berjaya. Istiqamah jangan lupa.

#terpeguntengokusahamrtheallsharedhamasahassyababdanlainlain

Mati syahid atau hidup mulia…tapi kalau boleh nak kejar kedua-dua sekali 🙂

 

 

Orang Lain Boleh, Kenapa Aku Tidak?!

Assalamualaikum,

diatas permintaan sahabat Mer, dia yang minta Mer update blog ni, maka hari ni Mer tunaikannya.. 🙂

Mer tak da pa nak cerita. Ni berdasarkan pengalaman yang Mer lalui hari ni.

“Orang lain boleh, kenapa aku tidak boleh?!” – getus hati kecilku.

walau aku serba kurang tanpa kemudahan, aku mampu lakukan.

walau mereka ada apa yang aku tiada, aku tetap perlu berusaha, mengejar mereka.

meski aku terpaksa berjalan jauh ke sana, walhal mereka duduk di katil sahaja.

kadang-kadang perkara yang kita bersusah payah untuk capai, lebih dihargai, lebih rasa manisnya kejayaan tu.

tapi, jika aku ketinggalan di belakang, kawan

jangan tanya apa alasan,

aku tak mahu belas ikhsan

disebabkan kekuranganku

kerna aku mampu bangun berlari mengejarmu semula,

semestinya dengan izin dan kehendakNya,

“Orang lain boleh, kenapa aku tidak?”

#justrandomwords

assalamualaikum 🙂

 

Image

 

source: Google Image

 

 

Salam Jumaat :-)

Hari ni adalah penghulu segala hari..pada hari inilah Allah menjanjikan akn berlakunya Hari Qiamat.. Adakah kita sudah bersedia?? sudah banyak tanda-tanda kecil dan sederhana besar muncul. Banyak sangat kan.. Tinggal dajjal je yang belum keluar lagi.. Tapi manusia yang berperangai dajjal dah ada dah. Yakjuj makjuj.. Wallahualam. Ada sumber yang mengatakan mereka sekarang ni sudah pun keluar dari tempat pengepungan yang dibina oleh Dzulkarnain, berlegar legar di muka bumi.. But who knows how reliable the source is..

Semua tu tak penting, yang penting adalah persediaan kita untuk menghadap kpd Pencipta kita. Allah. Cukupkah amalan kita? Dah banyakkah pahala kita drpd dosa yang kita buat hari-hari? Cuba kita renung-renungkan.. Satu hari berapa kali kita solat,, basic 5 la kann.. Ke ada yang kurang dr 5?…cepat-cepatlah bertaubat! And kalau yg dah cukup tu Alhamdulillah. Tapi boleh jamin ke 5 waktu tu kita solat betul2 khusyuk?? Mer pun tak boleh jamin yang mer ni solat khusyuk. And sebab tu lah kena ada amalan tambahan untuk menampung kekurangan, cacat cela dlm ibadah fardhu kita. Buat solat-solat sunat (dhuha, tahajjud, taubat, hajat, witr dan lain-lain). Berzikir, sedekah, selawat, tu semua amalan yang dapat topup balik kekurangan dlm ibadah fardhu kita.

Siapa yang nak bagi pahala kat kita kalau bukan kita sendiri yang perlu usaha. Dalam surah yang ke 13 ayat 11, Allah berfirman di tengah-tengah ayat yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri” nampakkan? terang lagi nyata, kalau kita yang tak start dulu nak ubah diri kita, sampai ke tua la kita tak berinjak dari tempat yang kita duduk, come on guys, make your day in everyday better than yesterday. Sampai bila kita asyik nak tunggu je, dah selalu mer dengar, “belum dpt hidayah lagi, lg pun nak berubah mana boleh paksa-paksa” ” kalau nak berubah tak boleh nak scr drastik, kena slow-slow” hmm..yela nak tunggu hidayah la katakan, pernah dengar tak pepatah org putih ni.. “Man that decided to change on the 12th hours dies on the 11th” haa..time tu la baru hang nak menyesal tak de guna. Hang dah mampuii..mana bole nak bertaubat lg dah… (ops terkeluaq da bhs utagha!). cuba sedar sikit, hang tu ada mak bapak, hang tau tak setiap dosa yang hang buat, dok tayang rambut, tak solat, mak bapak hang dapat saham tau, hang nak ke heret mak bapak hang skali dlm neraka, cukuplah hang sorang je naa…tapi mer tak doakan macam tu, tu untuk yang org keras kepala batu. Bagi mereka yang kat luar sana, yang ada rasa nak ubah hidup anda jadi lebih baik, diredhai Allah, mer nasihatkan kamu cepatl-cepatlah tunaikan hasrat tu, tak usah dok tangguh, kita tak tahu bila kita mati, mer pun tak tahu bila mer mati..allahuakbar..

Lastly, mer harap kawan kawan mer, org sekeliling mer, pembaca-pembaca semua, marilah sama-sama kita berusaha untuk ke syurga bersam-sama. Tak mau la nak buat baik sorang-sorang, masuk syurga sorang-sorang, ajak ramai sikit barulah meriah kat syurga nanti kan.. Hehe.. Ok mer ada hal lain ni. Assalamualaikum. 🙂

Assalamualaikum,

Feeling grateful! Alhamdulillah. So, this in my FIRST entry, I want to briefly write on WHY I want to write a blog.. Okay, in malay la senang.

Sebenarnya la kan, mer kat luar seorang yang tak banyak mulut, org kata x potpet potpet sana sini. Mer lebih suka jadi pemerhati dan pendengar yang setia. Sebab tu lah timbul idea nak luahkan segala yang mer perhati segala yang mer dengar selama ni. Tapi sebab utama mer nak jd penulis ni adalah sebab mer nak sampaikan ilmu, sampaikan nasihat melalui medium ni. Medium ni kalau digunakan dgn betul inshaa Allah, akan memberi manfaat kpd org lain.

Utk pengetahuan semua, mer ni hanya wujud di alam maya je tau. Di alam realiti, mer adalah orang lain, yang personaliti jauh berbeza. Tapi jgn risau di alam maya dan realiti, 2 personaliti ni adalah sama jantina.. 🙂

Okay setakat di sini saje la mer coretkan. Salam maghrib semua.